Salam....
hee~~ lame sangat dah tak post kat blog ni. da berhabuk, huhu. Alhamdulillah, saya nak kongsi kat sini tentang ikhtilat. Ikhtilat maksudnya pergaulan. Di dalam konteks Islam, ikhtilat bermaksud suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan wanita ajnabi. Pergaulan sentiasa berlaku dalam kehidupan seharian kita, termasuklah dalam gerak kerja Islam sendiri. Tak salah kalau nak bergaul tapi perlulah ada batas2nya. Kita perlu rasa pemerhatian Allah dalam setiap tindakan kita. Mulakan dengan niat keranaNya, insyaAllah pergaulan kita terjaga. Sebagai pelajar perubatan, saya banyak melihat keadaan di mana ikhtilat antara pelajar lelaki dan perempuan. MasyaAllah, terdetik di dalam hati bila mana melihat mereka yang bebas bergaul, , tiada perasaan bersalahkah dalam hati.. Ya Allah, jauhkanlah hambaMu di zaman ini daripada fitnah. Tak salah sekiranya ingin menuntut ilmu atau bertanya pada pelajar lelaki yang lebih pandai ( if tiada pelajar perempuan yang tahu atau susah untuk berjumpa saat itu ). Perlulah dijaga pandangan dan hati. Ingat pihak ketiga yang cuba menggoda kita saat itu adalah syaitan laknatullah. Alhamdulillah, itu saja perkongsian saat ini. Looking forward for the next post for the sake of ummah, insyaAllah. Jazakallahu khairan, salam... Lots of love.. =)